NISFU SYAABAN
1.
PENGERTIAN
Nisfu
Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan
Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban,
amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang
baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab
bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu
Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
2.
KISAH
RASULULLOH TENTANG NISFU SYAABAN
Malam
Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam
Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang
tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ Rasulullah
telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh
lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencubit ibu jari kaki Baginda
dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku
pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku
tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah
Baginda selesai sembahyang, Baginda
berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu
Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat
ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan
melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin
selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan
Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi
Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta
beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan
tidur atau lalai.
3.
DALIL
TENTANG NISFU SYAABAN
Diriwayatkan
daripada Ata' ibn Yasar berkata: "Apabila tiba malam Nisfu Syaaban,
malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban
tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu
melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan
namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati.
Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada
malam Nisfu Syaaban."
Diriwayatkan
daripada Ibnu Abbas r.a berkata: "Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua
qadha' hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada
pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar."
4.
KEUTAMAAN
NISFU SYAABAN
a.
Malam
pengampunan
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah
bersabda: "Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam
Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan
manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan)."
b.
Doa
dikabulkan
Dalam riwayat
Rasulullah berkata kepada Aisyah:
"Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan
menzalimimu?" Aisyah berkata, "Saya berkata, "Bukan begitu,
wahai Rasulullah!" Sabda Baginda: "Telah datang kepada saya Jibril
a.s. dan berkata, "Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban.
Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan
bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang
musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan
silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang
menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak."
Dikutip dari
Wikipedia : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nisfu_Syaaban
: Tanggal 23 Juli 2013
Baca Juga :
Dosa meninggalkan Sholat Fardhu klik
: http://adf.ly/QzfkQ
0 comments:
Post a Comment